Monday, 7 March 2011
MISI
# Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optimum.
# Memperkukuhkan sikap positif dan mengmalkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat luar bandar ke arah pembangunan yang seimbang.
# Meningkatkan pengetahuan serta penguasaan teknologi supaya masyarakat luar bandar bijak menguruskan sumber ke tahap optima.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersatupadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan patuh kepada tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
PIAGAM TABIKA
Kami berjanji akan:
# Memberi peluang pembelajaran yang optima , berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak
# Menyediakan kemudahan tempat peralatan dan persekitaran yang sihat, bersih, selamat, ceria dan selesa.
# Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengjaran pembelajaran yang terancang dan berterusan bagi menggalakan perkembanagan sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani (SEFIR)
# Memastikan setiap individu kanak-kanak boleh membaca, menulis, dan mengira seimbang dengan pengukuhan amalan nilai-nilai murni.
# Menyedikan makanan tambahan ynag seimbang bagi meningkatakan tahap kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
# Memupukan minat, kretiviti dan meningkatkan kecemerlanagn potensi individu kanak-kanak melalui Ko-kurikulum.
# Memberi peluang ibubapa meningkatkan ilmu dan kemahiran “keibubapaan” sebagai pendidikan pertama dan utama di rumah.
SEJARAH TABIKA
Tanggal 1986, bermulalah pendidikan prasekolah di Kg. Putra. Guru yang mengajar di tabika tersebut ialah Puan Norgayah Ahho, peserta kursus prasekolah di Melaka anjuran Jabatan KEMAS merupakan orang pertama yang menjadi tenaga pengajar di Tabika itu. Pada masa itu beliau dibantu oleh Puan Salerah bt Manap dan bangunan JKR (bangunan lama). Pada ketika itu kanak-kanak seramai 25 orang yang terdiri daripada kanak-kanak Kg. Putra dan Kg. Sawah yang berbilang kaum seperti kaum asli, Melayu, Cina dan India. Atas pemuafakatan Ketua Kg. Putra iaitu Tok Batin Awang Lijon dan penduduk Kg. Putra maka tertubuhlah Tabika ini.
Setelah beberapa lama Tabika ini dibuka bilangan kanak-kanak semakin meningkat. Oleh yang demikian, Pihak KEMAS telah membuka Tabika baru di Kg. Sawah. Tenaga pengajar pada masa itu masih lagi Puan Norgayah, beliau telah menjalankan dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi di Tabika Kg. Putra dan sesi petang di Kg. Sawah, memandangkan pada ketika itu jumlah kanak-kanak Tabika terlalu ramai. Malangnya Tabika Kg. Sawah cuma mampu bertahan selama 4 bulan sahaja memandangkan sambutan tidak menggalakan pada masa itu. Kanak-kanak Tabika Kg. Sawah terpaksa belajar semula di Kg. Putra. Pada tahun 1992, Puan Norgayah telah meletakan jawatan sebagai guru Tabika setelah berkhidmat selama 7 tahun di Tabika ini. Berikutan dengan itu, Tabika Kg. Putra ini terpaksa ditutup memandangkan ketiadaan tenaga pengajar pada masa tersebut.
Pada tahun 1993, Tabika ini telah dibuka semula oleh pihak KEMAS dan tenaga pengajar pada masa itu iaitu Puan Noriah bt Suhut telah di tugaskan di bangunan sekolah rendah selama setahun. Kemudian Tabika telah berpindah ke dewan serbaguna selama 2 tahun. Kini bangunan lama telah diubah suai menjadi tabika. Beliau bertugas di situ dengan dibantu oleh Puan Soria a/k Awang . Hampir10 tahun beliau mengajar di Tabika Kg. Putra. Tanggal 1hb Januari 2004, beliau terpaksa berpindah ke Daerah Jempol untuk mengikut suami tercinta yang bertugas di Balai Polis Bahau.
Pada tahun 2004 Puan Siti Marijan bt Said telah diarahkan untuk mengajar di Tabika Kg. Putra dan sekaligus mengantikan tempat Puan Noriah bt suhut. Puan Siti Marijan berasal dari Felda Pasoh 1, sebelum ini beliau telah bertugas di Daerah Kuala Pilah. Beliau juga telah berpindah ke Jelebu telah mengikut suami. Puan Siti Marijan bertugas di Tabika Kg. Putra dibantu oleh Puan Soria a/k Awang . Pada 5hb Jun 2005, bangunan Tabika Kg. Putra telah berpindah ke bangunan baru yang telah siap dibina pada penghujung tahun 2004. Walaupun pada dasarnya, penduduk Kg. Putra dan Kg. Sawah berasa gembira dengan perpindahan Tabika baru itu, tetapi mereka berdukacita dengan struktur bangunan yang dibina tidak begitu baik kerana bangunan tersebut mengalami banyak kerosakan. Namun sehingga kini tiada sebarang kerosakan yang di baiki oleh pihak yang tertentu. Walaupun begitu mereka tetap bersyukur kerana berpinda juga ke bangunan yang baru dan memandangkan bangunan yang lama telah uzur
Puan Siti Marijan dan penduduk Kg. Putra dan Kg. Sawah telah membuat gotong royong untuk memindahkan barang-barang Tabika lama ke Tabika baru. Setelah selama 6 bulan berpindah ke bangunan baru, Puan Siti Marijan dan penduduk Kg. telah membuat gotong-royong untuk membuat stor barang-barang memandangkan ketiadaan stor untuk meletakan barang-barang Tabika. Seterusnya beliau dan Penduduk Kg. telah membuat gotong-royong untuk mengemaskan barang-barang. Setelah hampir 1 setengah tahun Tabika ditubuhkan belum ada lagi sebarang baik pulih dibuat. Walaupun telah banyak aduan dibuat tentang kerosakan di Tabika.
Pada 23hb Nov 2006, Tabika Kg. Putra telah terpilih sebagai wakil kawasan Jelebu untuk pertandingan kecerian dapur dan tandas, walapun Tabika ini serba kekurangan. Selain itu pada tahun 2007 Tabika ini telah masuk pertandingan Futsal sempena hari potensi kanak-kanak Tabika. Tabika ini telah mewakili peringkat Negeri Sembilan untuk Pertandingan Futsal.
Pada awal tahun 2008 Puan Siti Marijan telah diarahkan untuk bertugas di Tabika Pasoh 4 dan digantikan dengan Cik Siti Khadijah bt Mohd Latif. Cik Siti Khadijah bt Mohd Latif berasal dari Felda Pasoh 1. Beliau telah bertugas di Tabika Pasoh 4 selama 1 tahun. Pada tahun 2008 beliau telah bertugas di Tabika Kg. Putra, pada ketika itu jumlah kanak-kanak Tabika seramai 12 orang dan terdiri dari kanak-kanak Kg. Putra dan Kg. Sawah .
Pada 12hb September 2008 Tabika Kg. Putra telah mendapat baik pulih longkang dari pihak JHEOA. Selain itu Tabika Kg. Putra telah dilantik menjadi tuan rumah bagi penyampaian sijil Tabika KEMAS/JHEOA Parlimen Jelebu. Di samping itu pada tahun 2009 Tabika ini juga telah mendapat baik pulih lantai dan grill pintu serta tingkap dari pihak JHEOA. Pada hari potensi peringkat Parlimen kanak-kanak Tabika telah masuk 2 acara iaitu gerak rama dan bola jaring. Pada pertandingan itu Tabika telah menjadi johan bagi acara gerak rama dan tempat ke dua bagi acara bola jaring. Tabika telah mewakili acara gerak rama ke peringkat Negeri sembilan.
BIODATA GURU
NAMA - SITI KHADIJAH BT MOHD LATIF ALAMAT - NO, 246 FELDA PASOH 72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN. NO. KAD PENGENALAN - 860620-59-5392 TARIKH LAHIR - 20 JUN 1986 UMUR - 23 TAHUN TARAF PERKAHWINAN - BUJANG NO TELEFON - 017-2127179 KELULUSAN AKADEMIK - SIJIL PELAJARAN MALAYSIA - SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TEMPAT BERTUGAS - TABIKA KEMAS FELDA TITI (2006) - TABIKA KEMAS PASOH 2 (2006) - TABIKA KEMAS PASOH 4 (2007) - TABIKA KEMAS/JKOA KG PUTRA |
Subscribe to:
Posts (Atom)